BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 18 Julai 2011

Kerja ku

Salam semua,,Dah lama rasanya tak update blog..Bz sesangat lately..Sepanjang bulan ini rasanye menimbun kerja kena siapkan.Antaranya:
a) Buku program untuk hari sukan sekolah..Tp dah siap..Puas hati gaklaa dengan buku program tu
b) Isi SSQS..alhamdulillah dah siap isi dah..tp jenuh jugak nak mengisinya..
c) Data SMM pun dah siap n dah hantar
d) Marking kerja kursus Add Math..nak hantar hari ni
e) Sekarang berada di PKG,bengkel portal sekolah(2hari tu duk PKG)
Yang aku risaukan sesangat ni..macamane laa budak2 addmath aku..nak 100% lulus...

Ahad, 27 Februari 2011

Tahniah !!

Kepada pasukan bola tampar (P),cikgu ucapkan tahniah di atas kejayaan menjadi johan tahun ni..Berbaloi cikgu berdiri tengah panas memberi sokongan kpd semua..Baby Sera pun terpaksa kena hantar rumah pengasuh..Tahniah pada jurulatih pasukan bola tampar (P),En Asnizam Jalil (siapa lagi kalau bukan suamiku yang tercinta..hehe)..Tiap-tiap petang tinggal mumy dan Sera melatih kalian semua..
Jurulatih(En Asnizam)
Johan-pasukan bola tampar (P)
Tempat ke 3-Pasukan bola tampar (L)
Oppss...

Rabu, 23 Februari 2011

Bermulanya Episod Baru

Niera n Nizam
Bermulanya episod baru dalam hidupku sebagai seorang isteri.Sebelum ini,aku tidak pernah publishkan gambar perkahwinanku.Pada 13 November 2009,aku telah selamat diijabkabulkan dengan seorang lelaki yang bernama ASNIZAM.Segalanya berlangsung dengan penuh kesederhanaan.Semoga rumahtangga kami sentiasa diberkatiNya.Sesungguhnya,Allah telah menentukan segalanya.Kita sebagai hambaNya hanya boleh merancang.Alhamdulillah..Aku bahagia di samping dia,suamiku yang tersayang.



Selasa, 22 Februari 2011

K.E.C.E.W.A

Pada tahun ini,aku sambung ajar kelas AddMath tahun lepas.Maksudnya,aku ajar tingkatan 5,pelajar yang ambil peperiksaan SPM.Peperiksaan akhir tahun lepas,aku tiada bersama-sama dengan pelajar ni sebab aku cuti bersalin.Result peperiksaan akhir tahun agak mendukacitakan.Bayangkan cikgu yang rasa dukacita,student dia buat tak tau je.Semua pelajarku fail subjek AddMath ni.Ingatkan tahun ni semua berubah dan insaf.Rupa-rupanya,makin menonjol sifat kemalasan sesetengah pelajar.Bukanlah semua pelajar tapi ada beberapa orang pelajar yang tak berminat nak lulus subjek ni.
Antara perkara yang mereka lakukan yang benar-benar membuatkan hatiku kecewa:
a)Jarang masuk kelas-bila ditanya tolong cikgu
b)Tak buat langsung latihan.Dalam buku kosong.AddMath kosong?Fail lah jawabnya.
c)Tak hantar buku latihan untuk disemak-sebab tak buat kerja
d)Tak datang kelas tambahan-tak bagi alasan mengapa tak datang,tak jumpa cikgu pun bagitau kenapa tak datang
e)Tak pernah datang bertanya kalau tak faham-buat dekk je
f)Bila cikgu mengajar,buat kerja lain-contohnya tulis surat,bercakap dan tidur
Memang laa susah nak dapat A subjek ni tp takkanlaa lulus pun taknak.Aku dah buat sehabis baik dengan budak-budak ni.Ajar sorang2 dari meja ke meja,tp diaorang ni takde inisiatif sendiri nak belajar.Pernah satu hari,aku marah pada budak2 yang tak masuk kelas,aku cakap aku dah anggap diaorang fail dalam exam,dengan harapan diaorang datang dan meminta maaf serta luahkan apa perasaan mereka terhadap subjek ni,tapi sorang pun tak datang jumpa aku.Bila masuk kelas buat tak tau je.Aku pun hilang perasaan nak tegur dan ajar budak2 ni.
Namun begitu,dalam hati ni tetap nak diaorang lulus.Sampai sekarang aku tengah fikirkan jalan penyelesaiaannya.Walaupun hati ini terasa,aku tetap sabar sebab taknak tengok diaorang GAGAL.Bukan untuk diriku kejayaan ini,tapi untuk masa depan mereka.
Buat pelajarku di kelas 5S.Tolonglah berubah.Fikir lah masa depan kerana SPM ni penentu segalanya.

Isnin, 21 Februari 2011

Survey Playpen

Em..Teringin sangat nak beli playpen untuk Sera..Tapi,kat Gerik ni susah sikit nak cari.Ada 1 kedai barangan baby..ok jugak playpen dia.Tapi,tak banyak choice.Nak beli online ke?Tengah tengok yang mana paling comey,tahan lama dan menarik..Dan,harganya pun takla mahal sangat.

Roswell Playpen

Sweet Cherry Playpen

Lahirnya Nur Sera Qaireena

Saat-saat Sera dilahirkan..Sera telah dilahirkan pada 24 Oktober 2010 jam 7.50 malam di Hospital Ipoh.12 jam berada di dalam bilik bersalin.Akhirnya,lahirlah seorang puteri yang cukup sempurna sifatnya.Alhamdulillah,syukur ke hadrat Mu ya Allah..

Day 1
Day 2
Day 3
Day 4

Ahad, 20 Februari 2011

Aktiviti Sera Qaireena

Sera sekarang dah makin aktif.Hobinya suka membebel.Pantang ada orang bercakap mula lah dia menyampuk.Badan pun dah makin besar..Ebok..Kalau orang tegur dia,dah mula senyum.Kalau lapar dah tak nangis mintak susu tp mula lah dia hisap jari telunjuk dan jari manis tangan sebelah kanan.
Hari Khamis ni bersamaan 24 hb Februari genaplah usia Sera 4 bulan.Nak belikan dia playpen.Tapi,tengah fikir-fikir lagi..Berbaloi tak beli playpen untuk Sera..Em..fikir jangan tak fikir.