BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 1 September 2010

Hidup Ini Penuh Dengan Teka Teki

Menunggu kelahiran anak pertama memang mendebarkan..Semoga Allah SWT melindungi aku dan anak ku ini dari sebarang bahaya..
Namun,di sebalik kerisauan untuk melahirkan anak pertama ini,teka teki tentang masa depan terus membelenggui diri ini.Apakah yang bakal terjadi pada episod hadapan?Semoga semuanya berakhir dengan kebahgiaan dan kebaikan..Ya Allah,hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku..Jadikanlah aku orang yang redha di atas segala kehendakMu..Amin..

Ahad, 18 Julai 2010

Pengalaman Baru

Dah lama rasanya aku tak menulis di blog ni..Cerita terkini?Alhamdulillah..kini aku sedang pregnant hampir 26minggu..Syukur dengan anugerah dari Allah Yang Maha Esa..Syukur terhingga ke hadratNya.Mudah-mudahan aku dapat melahirkan anak ini dengan selamat..
Banyak pengalaman menarik yang berlaku sepanjang bergelar bakal ibu ni..Alhamdulillah juga sebab sepanjang pregnant ni aku tidak mengalami sebarang alahan dan mengidam benda yang pelik-pelik..tapi,sensitifnya bukan main lagi..Asyik nak nangis je..pantang ada yang tak kena..biasala tu kut kan..Baby pun dah mula bergerak sekarang..tak duk diam..tak sabar nak scan untuk kali ke dua..Walau apapun yang penting,baby selamat dilahirkan bila tiba waktunya,insyaAllah..
Dan,yang lebih menggembirakan hati ini, adikku dan cousinku yang paling rapat juga sedang pregnant..sebayalah anak kami nanti..
Semiga hidup kita sentiasa dirahmati olehNya..Itulah yang sebaik-baiknya.

Rabu, 17 Februari 2010

Ketahuilah betapa hebatnya doa dalam melayari kehidupan

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukan hatinya dan hatiku…
Titipkan kebahagian antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkan dia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangnya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat
Membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api neraka…

Amin…amin…Ya Rabbal ‘aalamin.

Rabu, 3 Februari 2010

Di manakah Ketegasan Seorang ISTERI?

Hmm..Bila mana ada seseorang yang bertanyakan pendapatku tentang soalan ini,aku terdiam sebentar."Di manakah ketegasan seorang isteri bila mana suaminya ingin berkahwin dengan perempuan lain?"Apa nak jawab ye..Ianya bergantung kepada situasi seseorang..Atas dasar apakah suami itu hendak berkahwin lain..Mengizinkan suami berkahwin dengan perempuan lain adalah sesuatu pengorbanan yang amat besar dan pahalanya juga amat banyak..Apa salahnya berkongsi kasih kan..Kalau lah semua isteri macam ni alangkah amannya dunia..Namun,sebagai seorang perempuan,lebih-lebih lagi seorang isteri, hatinya tetap terguris dan tetap terluka walaupun bibir mengeluarkan perkataan "saya izinkan abg kahwin"..Walaupun bibir mengukir senyuman,namun hati kecil tetap menangis sendiri..Memang orang akan bertanya di manakah ketegasan seorang isteri mempertahankan haknya namun...entahlaa..tiada satu pun hak kita kekal dalam dunia ini..berkorbanlah sekiranya ianya membawa kebaikan buat kita di akhirat kelak..

Rabu, 27 Januari 2010

Mustahil?

Menunggu sesuatu yang mustahil berlaku adalah sesuatu yang amat menyakitkan.Betapa aku rindukan kebahgiaan yang berpanjangan dan berkekalan..Betapa aku inginkan perasaan lapang didada..Betapa aku perlukan ketenangan di saat ini..Aku benar-benar hanya insan yang lemah..Aku tidak berdaya pertahankan hak aku sendiri..Namun,aku tetap akan berusaha membahagiakan orang yang aku sayangi walau apa jua duagaan yang datang..Kerana aku benar-benar mengharapkan kebahgiaan yang berkekalan..
Aku tetap menunggu sesuatu keajaiban berlaku.Biarpun masa terlalu singkat untuk aku mengharapkan sesuatu yang mustahil akan berlaku juga..Aku yakin Allah sentiasa bersamaku..
Buat orang yang aku sayangi,sabar dan tabahkan lah hatimu dalam menghadapi segalanya..Aku tetap bersamamu..

Isnin, 25 Januari 2010

Coretan Hidup

Perjalanan hidup kini menjadi lebih bermakna dan aku semakin menghargai setiap detik masa yang berlalu. Bila mengenangkan apa yang berlaku dan apa yang sedang aku lalui, ianya seolah-olah macam dalam cerekarama yang ditayangkan di tv3.Kalau buat novel kisah hidupku ni mesti meletoppp..hehehe..
Apa-apapun aku bahgia dan tidak pernah menyesal dengan apa yang terjadi.Dan,aku tetap nantikan sinar kebahgiaan yang bakal muncul dalam hidupku,insyaAllah..
Buat hati-hati mereka yang telah aku lukai,maafku pohon dari kalian semua..Semua yang berlaku telah tertulis..Kita hanya mampu merancang namun kuasa Allah melebihi segalanya..Hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
Tiada yang mustahil bagi Allah Yang Maha Berkuasa..

Ahad, 17 Januari 2010

Sedih itu INDAH?

Bagaimanakah caranya hendak menghilangkan rasa sedih yang meruntun jiwa?Hehe..Skema ayat..Ada orang cakap , nak hilangkan rasa sedih, mandi di bawah paip air yang deras..Biar air yang mengalir deras tu menghentam kepala yang sarat dengan masalah..Kemudian menjeritlah lepaskan apa yang terbuku di dalam hati.
Dan,yang paling elok sebenarnya, bila hati tengah sedih, gundah, sakit dan sebagainya, berwuduk dan lakukanlah solat sunat..Berdoalah sambil menangis sepuas-puasnya dan lakukan dengan penuh keikhlasan mengharapkan bantuan hanya dari Dia Yang Maha Berkuasa.InsyaAllah, Allah akan memberi ketenangan buat kita.
Sememangnya,hidup ini penuh dengan dugaan..Hadapilah dugaan itu dengan penuh kesabaran kerana kebahgiaan pasti muncul akhirnya.Jangan cepat mengalah dan berputus asa.

Jumaat, 15 Januari 2010

Erti Sebuah Kehidupan

Hidup sememangnya indah dan menjadi penuh bermakna sekiranya kita pandai melakarkan kebahgiaan dengan cara yang betul..Hidup tidak pernah sepi dari dugaan.
Entahlah..susah hendak di ungkapkan dengan kata2 apa yg sedang aku alami sekarang..Yang aku tau,aku kena banyak bersabar..Bahagiakan hati yang tak tau nak kugambarkan bagaimana.Aku takkan luahkan rasa kesal dan sememangnya aku tak pernah menyesal dengan jalan yang telah aku pilih.