BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 27 Januari 2010

Mustahil?

Menunggu sesuatu yang mustahil berlaku adalah sesuatu yang amat menyakitkan.Betapa aku rindukan kebahgiaan yang berpanjangan dan berkekalan..Betapa aku inginkan perasaan lapang didada..Betapa aku perlukan ketenangan di saat ini..Aku benar-benar hanya insan yang lemah..Aku tidak berdaya pertahankan hak aku sendiri..Namun,aku tetap akan berusaha membahagiakan orang yang aku sayangi walau apa jua duagaan yang datang..Kerana aku benar-benar mengharapkan kebahgiaan yang berkekalan..
Aku tetap menunggu sesuatu keajaiban berlaku.Biarpun masa terlalu singkat untuk aku mengharapkan sesuatu yang mustahil akan berlaku juga..Aku yakin Allah sentiasa bersamaku..
Buat orang yang aku sayangi,sabar dan tabahkan lah hatimu dalam menghadapi segalanya..Aku tetap bersamamu..

Isnin, 25 Januari 2010

Coretan Hidup

Perjalanan hidup kini menjadi lebih bermakna dan aku semakin menghargai setiap detik masa yang berlalu. Bila mengenangkan apa yang berlaku dan apa yang sedang aku lalui, ianya seolah-olah macam dalam cerekarama yang ditayangkan di tv3.Kalau buat novel kisah hidupku ni mesti meletoppp..hehehe..
Apa-apapun aku bahgia dan tidak pernah menyesal dengan apa yang terjadi.Dan,aku tetap nantikan sinar kebahgiaan yang bakal muncul dalam hidupku,insyaAllah..
Buat hati-hati mereka yang telah aku lukai,maafku pohon dari kalian semua..Semua yang berlaku telah tertulis..Kita hanya mampu merancang namun kuasa Allah melebihi segalanya..Hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
Tiada yang mustahil bagi Allah Yang Maha Berkuasa..

Ahad, 17 Januari 2010

Sedih itu INDAH?

Bagaimanakah caranya hendak menghilangkan rasa sedih yang meruntun jiwa?Hehe..Skema ayat..Ada orang cakap , nak hilangkan rasa sedih, mandi di bawah paip air yang deras..Biar air yang mengalir deras tu menghentam kepala yang sarat dengan masalah..Kemudian menjeritlah lepaskan apa yang terbuku di dalam hati.
Dan,yang paling elok sebenarnya, bila hati tengah sedih, gundah, sakit dan sebagainya, berwuduk dan lakukanlah solat sunat..Berdoalah sambil menangis sepuas-puasnya dan lakukan dengan penuh keikhlasan mengharapkan bantuan hanya dari Dia Yang Maha Berkuasa.InsyaAllah, Allah akan memberi ketenangan buat kita.
Sememangnya,hidup ini penuh dengan dugaan..Hadapilah dugaan itu dengan penuh kesabaran kerana kebahgiaan pasti muncul akhirnya.Jangan cepat mengalah dan berputus asa.

Jumaat, 15 Januari 2010

Erti Sebuah Kehidupan

Hidup sememangnya indah dan menjadi penuh bermakna sekiranya kita pandai melakarkan kebahgiaan dengan cara yang betul..Hidup tidak pernah sepi dari dugaan.
Entahlah..susah hendak di ungkapkan dengan kata2 apa yg sedang aku alami sekarang..Yang aku tau,aku kena banyak bersabar..Bahagiakan hati yang tak tau nak kugambarkan bagaimana.Aku takkan luahkan rasa kesal dan sememangnya aku tak pernah menyesal dengan jalan yang telah aku pilih.