BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 22 Februari 2011

K.E.C.E.W.A

Pada tahun ini,aku sambung ajar kelas AddMath tahun lepas.Maksudnya,aku ajar tingkatan 5,pelajar yang ambil peperiksaan SPM.Peperiksaan akhir tahun lepas,aku tiada bersama-sama dengan pelajar ni sebab aku cuti bersalin.Result peperiksaan akhir tahun agak mendukacitakan.Bayangkan cikgu yang rasa dukacita,student dia buat tak tau je.Semua pelajarku fail subjek AddMath ni.Ingatkan tahun ni semua berubah dan insaf.Rupa-rupanya,makin menonjol sifat kemalasan sesetengah pelajar.Bukanlah semua pelajar tapi ada beberapa orang pelajar yang tak berminat nak lulus subjek ni.
Antara perkara yang mereka lakukan yang benar-benar membuatkan hatiku kecewa:
a)Jarang masuk kelas-bila ditanya tolong cikgu
b)Tak buat langsung latihan.Dalam buku kosong.AddMath kosong?Fail lah jawabnya.
c)Tak hantar buku latihan untuk disemak-sebab tak buat kerja
d)Tak datang kelas tambahan-tak bagi alasan mengapa tak datang,tak jumpa cikgu pun bagitau kenapa tak datang
e)Tak pernah datang bertanya kalau tak faham-buat dekk je
f)Bila cikgu mengajar,buat kerja lain-contohnya tulis surat,bercakap dan tidur
Memang laa susah nak dapat A subjek ni tp takkanlaa lulus pun taknak.Aku dah buat sehabis baik dengan budak-budak ni.Ajar sorang2 dari meja ke meja,tp diaorang ni takde inisiatif sendiri nak belajar.Pernah satu hari,aku marah pada budak2 yang tak masuk kelas,aku cakap aku dah anggap diaorang fail dalam exam,dengan harapan diaorang datang dan meminta maaf serta luahkan apa perasaan mereka terhadap subjek ni,tapi sorang pun tak datang jumpa aku.Bila masuk kelas buat tak tau je.Aku pun hilang perasaan nak tegur dan ajar budak2 ni.
Namun begitu,dalam hati ni tetap nak diaorang lulus.Sampai sekarang aku tengah fikirkan jalan penyelesaiaannya.Walaupun hati ini terasa,aku tetap sabar sebab taknak tengok diaorang GAGAL.Bukan untuk diriku kejayaan ini,tapi untuk masa depan mereka.
Buat pelajarku di kelas 5S.Tolonglah berubah.Fikir lah masa depan kerana SPM ni penentu segalanya.

0 ulasan: