BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 17 Februari 2010

Ketahuilah betapa hebatnya doa dalam melayari kehidupan

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukan hatinya dan hatiku…
Titipkan kebahagian antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkan dia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangnya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat
Membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api neraka…

Amin…amin…Ya Rabbal ‘aalamin.

Rabu, 3 Februari 2010

Di manakah Ketegasan Seorang ISTERI?

Hmm..Bila mana ada seseorang yang bertanyakan pendapatku tentang soalan ini,aku terdiam sebentar."Di manakah ketegasan seorang isteri bila mana suaminya ingin berkahwin dengan perempuan lain?"Apa nak jawab ye..Ianya bergantung kepada situasi seseorang..Atas dasar apakah suami itu hendak berkahwin lain..Mengizinkan suami berkahwin dengan perempuan lain adalah sesuatu pengorbanan yang amat besar dan pahalanya juga amat banyak..Apa salahnya berkongsi kasih kan..Kalau lah semua isteri macam ni alangkah amannya dunia..Namun,sebagai seorang perempuan,lebih-lebih lagi seorang isteri, hatinya tetap terguris dan tetap terluka walaupun bibir mengeluarkan perkataan "saya izinkan abg kahwin"..Walaupun bibir mengukir senyuman,namun hati kecil tetap menangis sendiri..Memang orang akan bertanya di manakah ketegasan seorang isteri mempertahankan haknya namun...entahlaa..tiada satu pun hak kita kekal dalam dunia ini..berkorbanlah sekiranya ianya membawa kebaikan buat kita di akhirat kelak..