BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 17 Januari 2010

Sedih itu INDAH?

Bagaimanakah caranya hendak menghilangkan rasa sedih yang meruntun jiwa?Hehe..Skema ayat..Ada orang cakap , nak hilangkan rasa sedih, mandi di bawah paip air yang deras..Biar air yang mengalir deras tu menghentam kepala yang sarat dengan masalah..Kemudian menjeritlah lepaskan apa yang terbuku di dalam hati.
Dan,yang paling elok sebenarnya, bila hati tengah sedih, gundah, sakit dan sebagainya, berwuduk dan lakukanlah solat sunat..Berdoalah sambil menangis sepuas-puasnya dan lakukan dengan penuh keikhlasan mengharapkan bantuan hanya dari Dia Yang Maha Berkuasa.InsyaAllah, Allah akan memberi ketenangan buat kita.
Sememangnya,hidup ini penuh dengan dugaan..Hadapilah dugaan itu dengan penuh kesabaran kerana kebahgiaan pasti muncul akhirnya.Jangan cepat mengalah dan berputus asa.

0 ulasan: