BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 23 November 2009

Adakah Semua Impian Kita Menjadi Kenyataan?

Emm..Persoalan ini sering bermain di dalam minda seseorang..setiap orang pasti ada impian masing-masing..Kita akan merancang, berusaha dan bertawakal ke arah mencapai impian yang diidamkan. Namun begitu, tak semau impian yang kita idamkan menjadi kenyataan. Ini kerana, kita bakal mendapat apa yang lebih baik dari Allah SWT. Walaupun semuanya telah ditentukan oleh Allah Yang Maha Esa namun begitu kita sebagai hambanya tetap kena merancang, berusaha dan berdoa..
Kadang-kadang apa yang kita dapat terpesong jauh daripada apa yang kita impikan. Mestikah kita harus berasa sedih dan menyesal? Kita adalah insan yang lemah.. Mesti wujud juga di dalam hati kita penyesalan.. namun begitu, kita harus ingat bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi..Mungkin rasa sedih itu datang ketika ini tapi pada masa akan datang kita akan rasa bahagia. Apa yang penting, kita perlu banyak mendekatkan diri dengan Allah.. Kita perlu tabah dan terima segalanya dengan hati yang terbuka..
Impian yang aku bina, yang aku harapkan selalunya berakhir dengan apa yang tak pernah aku harapkan.. namun, aku yakin suatu hari nanti pasti aku akan bahagia kerana aku sekarang sedang belajar menerima takdir Allah dan berusaha ke arah mencari keredhaanNya.. Aku tetap akan merancang, berusaha dan bertawakal kerana apa yang aku harapkan ialah keredhaan dari Nya. InsyaAllah, aku akan kuat dan tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan ini sementara nyawa masih dikandung badan. KepadaMu aku berdoa agar setiap langkahku diiringi dengan keberkatan dan keredhaanMu.Amin..

0 ulasan: