Berkorban?Setiap insan di dunia ini pastinya melakukan pengorbanan di dalam hidup mereka.Tak kiralah pengorbanan itu besar atau kecil namun ia pasti sudah dilakukan..Berkorban untuk keluarga,untuk rakan-rakan,untuk masa depan,untuk kekasih dan juga mungkin untuk suami atau isteri..Biasanya, pengorbanan dilakukan untuk melihat orang yang kita sayang bahgia,mendapat kebaikan dan sebagainya.
Berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan.
Kita seharusnya bahagia melihat orang yang kita sayang dapat tersenyum kerana pengorbanan yang telah dilakukan.Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati. Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara.Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.
Sesungguhnya,yang paling utama berkorbanlah demi cinta kita kepada Allah..Ingatlah bahawa pengorbanan demi kebaikan akan memberikan kita kebahgiaan dan kebaikan yang berlipat ganda akhirnya. Walaupun pada mulanya ia memang perit untuk ditelan.. Senyumlah sentiasa walaupun kita telah melakukan sesuatu pengorbanan. InsyaAllah, Allah SWT tidak akan mengecewakan kita selagi kita berada dilandasan yang betul..
new baby
8 tahun yang lalu


0 ulasan:
Catat Ulasan