Sejak kecil lagi kita sudah mengenali sahabat..Kalau kecil-kecil dulu, kita cari sahabat atau kawan untuk teman kita bermain..Kadang-kadang kita dapat rasakan bahawa kita lebih rapat dengan kawan berbanding dengan ahli keluarga..terutamanya bila kita sudah meningkat alam remaja.Lebih-lebih lagi kepada mereka yang tinggal di asrama.. Sahabatlah segala-galanya.. Tempat kita mengadu,luahkan perasaan,tempat kite berseronok.. Dan, orang yang paling kita percayai juga adalah sahabat.
Namun begitu, manusia tetap manusia. Pengalaman aku? Banyak sangat yang ada kaitan dengan SAHABAT. Masa kat sekolah menengah paling best..ada teman-teman paling rapat sampai sekarang..Teman yang boleh dipercayai dan sukar dicari.. Cuma sekarang, masing-masing dah berumah tangga.. Sampai sekarang,kalau ada masalah, orang paling pertama aku hubungi adalah kawan masa kat sekolah rendah..
Sekarang, aku tetap menghargai kawan..Dan aku sanggup lakukan apa sahaja demi menjaga hati seorang kawan.. Bile dah berada di tempat baru, kawan pun mestilah baru.. Namun, aku sedikit terkilan kerana kepercayaan yang aku letakkan pada kawan-kawan yang baru dikhianati..Bagaimana perasaan kalian bila orang yang kita percayai mengkhianati kita?Entahla..
Sebenarnya, hanya pada Allah tempat kita mengadu kerana hanya Dia yang mampu menolong dan memberikan kedamaian serta ketenangan buat kita.. Bila kita suka, kita perlu menadah tangan bersyukur pada Dia Yang Maha Esa..Bila kita sedih, kepada Dia juga kita menadah tangan mengadu dan memohon pertolongan..Percayalah, hanya pada Dia kita perlu berserah..
new baby
8 tahun yang lalu


0 ulasan:
Catat Ulasan